Cari Blog Ini
Isnin, 27 September 2010
ku berperang
dikala gembira,tiada erti rasanya
dikala hati hiba,tiada berteman
termangu aku keseorangan
terdiam bisu tanpa kata
ku cuba pejam mata
cuba mencari ketenangan
namun dalam gelap gelita
raut wajahmu yang menjelma
begitu hebat rinduku padamu
seperti emosiku dipermainkan
tidak ku nafi kebenarannya
walau luaranku mendustakan
dalam gembiraku,ada sebaknya
tangisku tak ternampak oleh sekeliling
hanya diriku yang perit menahan hiba
sendiri menanggung derita
derita yang entah bila akan lenyap
lenyap untuk diganti dengan sinar bahagia
di hati ini, hiba, terima semua , dengan hati tenang, walaupun di dalam hati ini bperang ,,, semua membinaan, semua rekaan, semua keindahan, semua kkgembiraan ,,, semua kcerian, semua musnah,,,, cuma yg tinggal,,,, cahaya mentari bila diwaktu siang ,,,, masa tu ,kita boleh lihat,,, kemusnahan .... dan di waktu malam, gelap ,gelita, yg kita boleh lihat,,,, sekarang... sekarang ku cuma dapat rasainya ,,, dan aku ku terima semua kehendak nya .... aku ku harui dengan hati yg tabah,,, dan cuba bangun, semula ,,,akan keindah itu ..... dengan cahaya mentari yg ada,,,,
Jumaat, 24 September 2010
KU TERIMA , DENGAN KETENTUAN MU .....

"Ya Allah jangan biarkan aku di dalam murkamu,pimpinlah aku dan tunjukkan apa yang terbaik,
"aku menyintai seorang sahabat keranaMU,jika Engkau hilang darinya maka hilang juga cintaku
padanya"
ku pasrah kehendakmu,,, kalau itu jalan yang terbaik untuk ku ,,,, selagi usia MASIH ada ,,, aku ingin berikan kepada semua yang BERGELAR SAHABAT .... KU AKAN bahagia ,,, bagi ku , kebahagian DALAM SEGALA HAL ..untuk mereka ,,, cukup membuat aku merasakan kebahagian ,,, aku tak kisah ,,sendiri, aku tak kisah bsendiri,,,, ,,,
22 september 2010, usia mgenal usia ,
ku akan tinggal s
emua kisah sedih ku ... ku akan mula m'napak sepak ke garisan p'mulaan ...
ku akan m'gira DENGAN SE SETIAP detik ,saat, masa dan hari,
ku akan kira segalanya ,,serta
ku hitungkan segala nya ...
ku akan bilang saatnya... dengan k'gembiraan setiap detik ukilan waktu,,, untuk ku m'niti pjalanan hidup , dengan setiap langkah ,,, ku akan taburkan kelopak bunga ,,, dan kuntuman bunga,,, seiring perjalanan ku ,,,, agar ku dapat m'hidu haruman , kuntuman bunga nya mekar lagi sesuci embun yg jatuh dari langit,, S'hinggalah Kegarisan penamat..... bila sampai ke garisan penamat,,, cukuplah dengan dengan jasaku, budiku..amalanku...cukuplah bekalan ku....
ya allah , panjangkan lah usia ku ,,, semoga dengan setiap masa yg kau berikan, cukup untuk aku berikan kebahagian untuk mereka b'gelar sahabat sejati..... serta,,, ku mohon agar kau tabahkan hatilah ini untuk ku harungi segala dugaan mu dan pmudahkan kan lah ajal ku b'temu dengan mu,,, dan berikan NUR CAHAYA supaya setiap pjalanan ini tidak gelab bagi ku ,,,,,,,,
ku pasrah dengan kehendak mu....amin ,,,
Khamis, 23 September 2010
Telah Ku Pilih Jalan Mu

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa
Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini
Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa
Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.
Selasa, 21 September 2010
Hanya Kerana Cinta
Tak pernah lepas dari cobaan
Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Jumaat, 17 September 2010

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Lewat nota-nota cinta mu kau hadiahkan aku dengan kata-kata dan madah-madah cinta yang mengasyikkan. Betapa aku terlena dan terbuai dengan janji-janji mu. Aku menjadi perindu sepi kepada ayat-ayat yang bisu.
Aku persis Sang Pungguk yang merindukan bulan. Bulan yang dari kejauhan tampak indah bercahaya dan berseri menerangi malam yang kelam. Tapi kita sering lupa bahwa cahaya itu adalah cahaya pinjaman cuma. Keindahan yang bersifat sementara, keindahan yang merupakan kepuraan semata-mata.
Begitulah diri mu. Aku terikat pada janji-janji pena mu. Aku mengharap pada kasih yang tak pasti. Aku memuja bayangan dirimu. Coretan pena mu memukau diri ku agar aku terus percaya dan lupa kepada realiti.
Rabu, 15 September 2010
Kemaafan
Tidak pernah terlintas dihati ini
untuk memalukan dirimu duhai kasih
apa yang telah terjadi adalah diluar jangkaan
tak sangka begini kesudahannya.
Kutahu hatimu terluka
kutahu jiwamu sengsara
kutahu perasaanmu bergelora
kusedar nalurimu amat tertekan
dek perbuatan ini .
Maafkan aku sayang
bukan niat membalas derita
kesedar ketenteramanmu mula berkocakan
jiwamu gundah gulana
bak pepatah hanya kerana setitik nila .
Dalam tak sedar
semuanya berlaku begitu pantas
kutahu dengan hanya pohonan kemaafan
luka hatimu takkan terubat
gurisan jiwamu tak dapat dirawat
tapi hanya itu sajalah yang termampu diri ini lakukan .
Apakah harus aku melutut padamu
mohon keampunan darimu
agar dapat menjernihkan air yang keruh .
Pintalah apa jua yang kau inginkan
agar dapat diri ini kau maafkan
kubersedia memperhambakan diriku padamu
andai itulah hukuman yang sepatutnya
buat diri ini agar dapat merawat
gurisan jiwamu jua calaran hatimu .
Sayang diri ini redha
dengan apa jua keputusanmu
asal jiwamu kembali tenang sediakala .
Kumenyusun sepuluh jari
mohon keampunan serta kemaafan
dari hujung rambut hingga hujung kaki
maafkan kukasih
lupakan sengketa
padamkan sengsara
lupuskan gelora
Mengintai
Debaran hati kian terasa
getaran jiwa makin menghampir
memendam rasa kian terseksa
memupuk cinta yang lahir dari zahir.
Keegoan hati tiada kupunya
perasaan waspada sentiasa menyelubungi
bukan takut tetapi sentiasa dalam berjaga jaga
agar diri tidak dikhinati .
Baru kucuba Mengintai Cinta
bertujuan ingin membina cinta yang sejati
memaksa jiwa perasaan tidak sempurna
perkasihan suci hajat dihati .
Semenjak aku mengenali dirimu
gementarku menganjak berani
kelu lidah nyata terhakis
makin kelancaran bahasa cinta
sentiasa kulagukan Setulus Cinta Abadi .
Baru pertama kali
hati ini ingin menyintai seseorang
kau adalah insan pertama hadir dalam hidupku
kau adalah cinta pertama dan terakhirku.
Cintaku berbalas kerana keikhlasan budi pekerti
tangan kuhulurkan tanda bermulanya percintaan kita
tidakku terburu buru
sentiasa kumenitik beratkan keperihatinanmu terhadapku
Cinta yang kuberikan
bukanlah simpati ianya adalah keikhlasan
kejujuran jua kesetiaan yang tak terhingga
kuamanahkan pada diriku bagi pertahannya
hanya untukmu .
Sehari tidak cukup untuk memahami seseorang bagiku setiap saat yang kulalui bersamamu adalah satu anugerah
lalu melahirkan nilaian yang tinggi tanggapan terhadapmu
diatas budian yang kau taburkan .
Kumengerti budi tidak diminta balas
cintaku lahir dari hati yang suci
atas dasar keikhlasan
sepertimana yang tersirat dalam hatimu .
Dalam diam dapatku jejaki seruan hatimu
kau jua pendam perasaan sepertimana jiwaku bergelora
saling menyintai ,saling menyayangi dan saling mengasihi
sungguh bahagia perjalanan ini .
Sekilas pandang menyemarakkan rasa cinta dihati
tanpa diundang lahirlah niat suci dihati
lalu bermulalah satu perjalinan sejati
yang menetukan masa depan bersama .
Kasih terjalin tiada sempadan
rinduan hati dahagakan keperihatanmu
cinta yang suci sentiasa subur dihati
tanpamu disisi terpadamlah ketenteraman.
Harapan hati ingin melayari cinta pertama
sebagai cinta akhir hayat
kerana dalam diri ini kau yang pertama dan kau yang terakhir
tiada yang kedua dalam pelayaran cintaku .
Kuberserah pada kudrat ilahi
moga setiap doaku dapat dimakbulkan tuhan
hidupkan cinta ini kekal abadi hingga akhir hayat .
Curiga tak perlu kau gelisah
aku tetap milikmu
andai ketentuan ilahi benar
maka segala impian kita akan menjadi kenyataan
tak perlu kuhuraikan sejauh mana kebenaran
hati jua kepercayaanku terhadapmu
kerana engkau jua tahu
andai aku menyinta segala keikhlasan ,kejujuran
taat kesetiaanmu tak pernah kuragui
kau kusanjung tinggi pekertinya
sambil meniti harian yang bakal kita jejaki bersama
disitu akan terpancar satu nur perkasihan abadi
buat selama lamanya .
Rabu, 8 September 2010
Sayangku

Duhai sayangku..teruskan langkahmu..
Jangan kisahkan apa jua di sekelilingmu..
Airmata

Kasihanilahairmata ini pernah bersuara
Airmata ajar-ajar
Bangunlah putera puteri bunga bangsa
Di sebalik airmata ini
Namun perjuangan tidak akan berakhir
Oh, Tuhan Yang Maha Besa
Renungilah

Renungilah Dan Fikirkan

Isnin, 6 September 2010
selamat hari raya semua nya

Bulan Shawal berkunjung tiba
Ramadhan sudah berlalu pergi...
Takbir hari raya dilaungkan
Memuji Tuhan sekelian alam
Penuh kesyukuran dalam rintihan
Penuh harapan.....
Wajah ceria berpandangan
Saling maaf - bermaafan
Buang yang keruh ambil yang jernih
Bertekad azam didalam dada
Memperbaharui amal dihari muka.
Hidup didunia hanya sementara
Peluang beramal sentiasa terbuka
Pencucui isi dada dari daki dunia
Satu perjalanan keluhuran jiwa
Meniti usia kehari tua.
Ku ucapkan selamat hari raya Idul Fitri kepada semua...!
Maaf dzahir dan batin ...!
Rabu, 1 September 2010
kutahu perih derita yang kualamimemendam rindu hati yang takpernah bertepi
laksana duri dalam genggaman
laksana api dalam pelukan
sakit terasa jiwaku
mememdam hasrat yang tak bisa terungkap
menggigil seluruh ragaku
menyimpan cinta yang tak pernah tercipta
seakan nyawa tak lagi di tubuhku
serasa nadi tersayat sembilu
tapi kucoba selalu tuk tersenyum
menyembunyikan luka dari mereka
walau batinku selalu menjerit jerit
bibir selalu tertawa namun batin meronta ronta
mencoret luka dihati ini,
mungkin ditakdirkan,
ia memang begitu,
dilukai, disakiti,
bersabarlah wahai hati,
biar ku pujuk sendiri rajuk di hati ini,
kisah semalam,
mengundang seribu pilu,
tidak tercapai di fikiran,
aku adalah pesalah,
walau ku tahu,
aku di gelanggang itu,
yang membawa seribu kesakitan pada diri sendiri,
sabarlah wahai hati,
kisah semalam itu,
akan luput satu per satu.....
Isnin, 30 Ogos 2010
Ku tersasar dalam hidupku,Tanpa arah dan tujuan,
Menitis air mataku di setiap perjalanan,
Mengesat peluh yang tidak kesampaian
Mana dusta yang kau cercakan?
Mana ilmu yang kau berikan?
Mana kata – kata nasihat yang engkau sampaikan?
Semuanya lebur dalam dakapan dan pelukan.
Tapi itu semuanya dahulu,
Ketikaku tidak memahami erti kehidupan,
Ketikaku tidak mengerti erti perjuangan,
Ketikaku tidak mengenal erti persahabatan.
Namun ada kalanya aku kecewa,
Memilih liku – liku hidup di persimpangan,
Mengenal kawan yang akhirnya menjadi lawan,
Mengetahui kebaikan dalam kejahatan.
Setiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman,
Akan ku semat iman demiMu Tuhan,
Agar aku menjadi sebaik insan.
Terima kasih kerana menemani diriku
SAHABAT SEJATI
Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .
Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .
Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...
