Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Bicara Kata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara Kata. Papar semua catatan

Khamis, 23 September 2010

Telah Ku Pilih Jalan Mu

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Rabu, 8 September 2010

Sayangku



Duhai sayangku..teruskan langkahmu..
walau payah kau berjalan..
walau sukar kau beriringan..
teruskan..
jangan toleh ke belakang..

Jangan kisahkan apa jua di sekelilingmu..
teruskan..
kerana mereka hanya mampu memandang..
kerana mereka hanya mampu berkata..
biarkan..
Teman..
lihat keluargamu..
kerana mereka kita tabahkan jua
kerana mereka insan yang tidak menolak kita
kerana mereka menerima walau siapa pun kita
renungkan..
Jangan kau sesalkan..
kehidupan sekarang..
kesepian hidupmu
kerana Pencipta tahu..
segala keperluanmu..
buka hatimu seluasnya..
kerana Dia...

Airmata



Kasihanilahairmata ini pernah bersuara
untuk menafsirkan bahagia dan derita
alirannya berlopak-lopak di sudut mata sembab
mengharapkan sejengkal kebahagiaan
sehasta kesetiaan
tetapi diakhiri sepemeluk penyeksaan.


Airmata ajar-ajar
airmata cinta dan sayang
jernih dalam sekolam kekeruhan
tetapi mengocak kesengsaraan.


Bangunlah putera puteri bunga bangsa
keringilah airmatamu dengan ilmu pengetahuan
dengan halus keinsafan
bertakwa dan berdikarilah setiap detik
semoga hidup mempunyal erti dan nilai
membalas cabaran, pengorbanan keringat bakti
dari orang-orang yang bersusah payah untukmu.


Di sebalik airmata ini
tercipta rasa cinta suci
hanya satu perhitungan yang diminta
dalam perjuangan ini
taburilah rasa hormat,kasih dan pekerti yang mulia
hakikat hidup pasti ditegakkan
memohon rahmat dan restu kejayaan
kegembiraan dan ketakwaan.


Namun perjuangan tidak akan berakhir
ia kekal silih berganti
sampai bila-bila
airmata juga tidak akan kekeringan
ia tetap mengalir
sampai bila-bila
tidak akan mengalir airmata tanpa perjuangan
perjuangan tetap diteruskan
airmata jua tetap mengalir
terserahlah.


Oh, Tuhan Yang Maha Besa

Renungilah


"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita".


"Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia".

Renungilah Dan Fikirkan


"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api".


"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati".


"Janganlah berputus asa.
Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa".

Khamis, 26 Ogos 2010

DALAM KENANGAN

Kenangan pastinya tidak dapat di lupa, memori indah,mgusik jiwa ,hati pasrah tuhan yg saja tahu....mata btentang mata , hati bsentuh jiwa oleh pmulaan mata btentang mata ... hati kelu bkata ,,, tapi mata telah mceritakan segala2nya ... dan kini,,, tiada lagi laungan suara,,, tiada lagi kalimah cinta ... tiada lagi usik gurindam jiwa,,, dan cuma bisikan angin dari jauh yg dapat ku baca,,, dan kulihat,,,
dimana suara itu ,,, dimaNa bayang itu ,, dimana janji2mu yg kau luahkan, katakan, bisikan,di telinga ku ini,,, dimana suara bisikan itu ,,, APAKAH cukup untuk kubaca,,, APAKAH CUKUP ku semadikan dalam ingatan ku ini ,,, dan APAKAH cukup dengan rintihan ini ,,,UNTUK mjadi bekal setiap hari...,,,, betul SABAR... SABAR... tak di nafikan sabar itu ada satu tangkal dalam segala hal.....




KEJUJURAN , KESETIAN PECAYALAH, PENANTIAN ,

dalam sesuatu phubungan KEJUJURAN amat lah penting ,,, setiap apa yg kita luahkan, itulah yg datang dari hati ,,, dan kata2 janji2 , sumpah ,,, yg lahir dari lidah yg tidak bertulang ..... boleh ke kita pecaya,,, kata2 itu.... .. apakah itu mainan semata2..... sedang kan setiap kali, di luah kan ,,,, dengan kata itu ,,," kita boleh pecaya" ,,,," dalam masa yg sama " betul..betul .... PECAYALAH ,,,,,bagaimana dengan kata itu ,,,, boleh kita huraikan ,,,, pemasaalah ini ...... KESETIAN ,,, PASTI ,,, dengan kesetian ?,,, pasti dengan jawapan ?,,,, pasti semua itu ada kejujuran ?..... serta penantian ,,,, satu penanti ,,, yg tak tahu ,,, kejujuran nya bagaimana ? mcm tu ? ... ... apakah psoalan ini thenti disini....















penantian sepi ,

Terima kasih kerana menemani diriku

KU TERIMA SEADA NYA KAU DIHATIKU

SAHABAT SEJATI

Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .

Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .

Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...