Cari Blog Ini

Isnin, 8 Ogos 2011

salahku

Isnin, 29 November 2010

kita yang tahu

Persahabatan yang telah terjalin sekian lama
Membuatku terfikir tentang diriku
Tentang kau dan tentang kita
Walaupun nampak tiada apa yang istimewa
Tiada apa yang menarik
Namun persahabatan kita kekal segar
Sesegar embun pagi yang suci
Sewangi mawar merah di taman baiduri
Secantik warna-warna sang pelangi
Semanis madu bunga idaman insani
Harapanku agar hubungan ini akan berkekalan
Walau hingga titisan darah terakhir
Walau hingga nafasku yang penghabisan
Kau dan aku akan kekal bersama kerna yang istimewa dan menarik itu hanya kita yang tahu..

damai

kesejukan yang mencengkam diri, membuatku jadi termangu.
beku diriku dan akalku untuk memikirkan persoalan dalam hatiku.
lantas ku biarkan diriku hanyut dibuai perasaan yang mendamaikan ku
perasaan itu tiba-tib menjadi penawar kekusutanku
ketenangan dan kedamaian daripada birunya laut dan hijaunya dedaunan
menjadikan aku seolah diawangan
hembusan bayu yang dingin mendodoiku terbang ke langit tujuh
keresahanku hilang
kerumitanku terungkai
kesedihan ku berundur tanpa pesan

indahnya perasaan ini.
aku kini tiba-tiba seperti seorang insan yang sangat gembira
keceriaan itu muncul tiba-tiba.
senangnya perasaan ini
aku menyukai perasaan ini
aku mahu sentiasa bahagia begini
ketenangan tanpa masalah.

biarkan aku disini
biarkan aku sendiri
biarkan aku begini
biarpun ia cuma sehari.

aku masih belajar

Air yang tenang dipermukaan
Jangan sekali kita andaikan begitulah dasarnya
Riak wajah yang riang
Jangan sekali beranggapan begitulah hatinya
Manusia didunia hanyalah pelakon pentas hiasan
Maka bukanlah sukar untuk kita berlakon di depan orang lain
Walau bukan itu hakikat sebenar
Kita masing-masing punya tujuan
Punya pendapat dan haluan yang berbeza
Mungkin ada sebab kenapa seseorang itu menjadi sejarah dan tidak mengikut kita ke masa depan kita
Mengenang sejarah baik untuk kita jadikan panduan
Tapi bukan sebagai satu sebab kenapa kita tidak boleh maju ke hadapan
Kini aku lebih faham maksud dan erti dunia
Tidak semua yang kita impikan melutut sujud didepan mata kita
Tidak semua yang baik itu milik kita dan bukan pula yang buruk itu tidak baik untuk kita
Aku lebih faham erti sakit, erti luka, erti memberi dan menerima
Kerana dengan merasainya kita jadi lebih matang dari sebelumnya
Kau perlu jatuh untuk faham maksud sakit
Kau perlu terhiris untuk mengerti rasa luka
Memberi tak semestinya dibalas menerima
Dunia tak semua indah belaka
Bila kau mampu menerima asam garam dunia
Kau akan mampu menghadapi hari seterusnya

Persahabatan

org slalu kata best friend forever...
sejauh mana maksud forever tu tak tau sampai mana
bila dekat baru kita perlukan kawan
bila berjauhan kawan dilupakan...

setiap insan sama je rambut hitam tapi hati lain-lain
kadang-kadang kawan jadi tempat mengadu,
tempat meluahkan perasaan, tempat menumpang kasih,
untuk bergurau senda dan kadang-kadang saja-saja bergaduh lepas tu kawan balik...
he...semua nya berlaku atas nama kawan...

setiap insan perlukan teman atau sahabat
sia-sia hidup di dunia tanpa kawan...
tapi hati-hati memilih kawan...
ada kawan yang baik, jahat, kurang siuman, perlakon terbaik dan etc...
dan paling tak suka kawan yang cakap belakang tentang aku

life  memang tak akan aku lupakan..
kawan lah sebagai peneman tatkala berjauhan daripada ibabapa...
tetapi adakah hanya berkawan setakat di menara gading sahaja....
ungkapan ini mungkin akan terurai bila kita sudah melalui fasa selepas memuncak d menara gading...

"kerana ilmu...kita bertemu..
kerana cita-cita kita berpisah....tapi
kerana persahabatan...kita bertemu semula...."


Terima kasih kerana menemani diriku

KU TERIMA SEADA NYA KAU DIHATIKU

SAHABAT SEJATI

Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .

Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .

Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...