Cari Blog Ini

Isnin, 29 November 2010

kita yang tahu

Persahabatan yang telah terjalin sekian lama
Membuatku terfikir tentang diriku
Tentang kau dan tentang kita
Walaupun nampak tiada apa yang istimewa
Tiada apa yang menarik
Namun persahabatan kita kekal segar
Sesegar embun pagi yang suci
Sewangi mawar merah di taman baiduri
Secantik warna-warna sang pelangi
Semanis madu bunga idaman insani
Harapanku agar hubungan ini akan berkekalan
Walau hingga titisan darah terakhir
Walau hingga nafasku yang penghabisan
Kau dan aku akan kekal bersama kerna yang istimewa dan menarik itu hanya kita yang tahu..

Terima kasih kerana menemani diriku

KU TERIMA SEADA NYA KAU DIHATIKU

SAHABAT SEJATI

Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .

Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .

Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...