Cari Blog Ini

Rabu, 15 September 2010

Mengintai

Debaran hati kian terasa

getaran jiwa makin menghampir

memendam rasa kian terseksa

memupuk cinta yang lahir dari zahir.

Keegoan hati tiada kupunya

perasaan waspada sentiasa menyelubungi

bukan takut tetapi sentiasa dalam berjaga jaga

agar diri tidak dikhinati .

Baru kucuba Mengintai Cinta

bertujuan ingin membina cinta yang sejati

memaksa jiwa perasaan tidak sempurna

perkasihan suci hajat dihati .

Semenjak aku mengenali dirimu

gementarku menganjak berani

kelu lidah nyata terhakis

makin kelancaran bahasa cinta

sentiasa kulagukan Setulus Cinta Abadi .

Baru pertama kali

hati ini ingin menyintai seseorang

kau adalah insan pertama hadir dalam hidupku

kau adalah cinta pertama dan terakhirku.

Cintaku berbalas kerana keikhlasan budi pekerti

tangan kuhulurkan tanda bermulanya percintaan kita

tidakku terburu buru

sentiasa kumenitik beratkan keperihatinanmu terhadapku

Cinta yang kuberikan

bukanlah simpati ianya adalah keikhlasan

kejujuran jua kesetiaan yang tak terhingga

kuamanahkan pada diriku bagi pertahannya

hanya untukmu .

Sehari tidak cukup untuk memahami seseorang bagiku setiap saat yang kulalui bersamamu adalah satu anugerah

lalu melahirkan nilaian yang tinggi tanggapan terhadapmu

diatas budian yang kau taburkan .

Kumengerti budi tidak diminta balas

cintaku lahir dari hati yang suci

atas dasar keikhlasan

sepertimana yang tersirat dalam hatimu .

Dalam diam dapatku jejaki seruan hatimu

kau jua pendam perasaan sepertimana jiwaku bergelora

saling menyintai ,saling menyayangi dan saling mengasihi

sungguh bahagia perjalanan ini .

Sekilas pandang menyemarakkan rasa cinta dihati

tanpa diundang lahirlah niat suci dihati

lalu bermulalah satu perjalinan sejati

yang menetukan masa depan bersama .

Kasih terjalin tiada sempadan

rinduan hati dahagakan keperihatanmu

cinta yang suci sentiasa subur dihati

tanpamu disisi terpadamlah ketenteraman.

Harapan hati ingin melayari cinta pertama

sebagai cinta akhir hayat

kerana dalam diri ini kau yang pertama dan kau yang terakhir

tiada yang kedua dalam pelayaran cintaku .

Kuberserah pada kudrat ilahi

moga setiap doaku dapat dimakbulkan tuhan

hidupkan cinta ini kekal abadi hingga akhir hayat .

Curiga tak perlu kau gelisah

aku tetap milikmu

andai ketentuan ilahi benar

maka segala impian kita akan menjadi kenyataan

tak perlu kuhuraikan sejauh mana kebenaran

hati jua kepercayaanku terhadapmu

kerana engkau jua tahu

andai aku menyinta segala keikhlasan ,kejujuran

taat kesetiaanmu tak pernah kuragui

kau kusanjung tinggi pekertinya

sambil meniti harian yang bakal kita jejaki bersama

disitu akan terpancar satu nur perkasihan abadi

buat selama lamanya .

Catatan Popular


Terima kasih kerana menemani diriku

KU TERIMA SEADA NYA KAU DIHATIKU

SAHABAT SEJATI

Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .

Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .

Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...