Cari Blog Ini

Rabu, 15 September 2010

Kemaafan

Tidak pernah terlintas dihati ini

untuk memalukan dirimu duhai kasih

apa yang telah terjadi adalah diluar jangkaan

tak sangka begini kesudahannya.

Kutahu hatimu terluka

kutahu jiwamu sengsara

kutahu perasaanmu bergelora

kusedar nalurimu amat tertekan

dek perbuatan ini .

Maafkan aku sayang

bukan niat membalas derita

kesedar ketenteramanmu mula berkocakan

jiwamu gundah gulana

bak pepatah hanya kerana setitik nila .

Dalam tak sedar

semuanya berlaku begitu pantas

kutahu dengan hanya pohonan kemaafan

luka hatimu takkan terubat

gurisan jiwamu tak dapat dirawat

tapi hanya itu sajalah yang termampu diri ini lakukan .

Apakah harus aku melutut padamu

mohon keampunan darimu

agar dapat menjernihkan air yang keruh .

Pintalah apa jua yang kau inginkan

agar dapat diri ini kau maafkan

kubersedia memperhambakan diriku padamu

andai itulah hukuman yang sepatutnya

buat diri ini agar dapat merawat

gurisan jiwamu jua calaran hatimu .

Sayang diri ini redha

dengan apa jua keputusanmu

asal jiwamu kembali tenang sediakala .

Kumenyusun sepuluh jari

mohon keampunan serta kemaafan

dari hujung rambut hingga hujung kaki

maafkan kukasih

lupakan sengketa

padamkan sengsara

lupuskan gelora

agar kemelut jiwa tersisih …….Maafkanku sayang !Maafkahlah segalanya .


Terima kasih kerana menemani diriku

KU TERIMA SEADA NYA KAU DIHATIKU

SAHABAT SEJATI

Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .

Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .

Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...