Cari Blog Ini

Khamis, 30 September 2010


Ya Allah.....
Hamba-Mu ini memohon keampunan
Kerana membuat diri ini buta
Padahal nikmat mata untuk melihat telahpun Engkau kurniakan
Selama ini aku buta Ya Allah
Maafkan aku Ya Allah
Aku sudah cuba untuk mencelikkan mataku ini
Yang sememangnya Engkau jadikan sempurna
Tetapi aku pejamkannya
Aku tidak sengaja Ya Allah
Bantulah hamba-Mu ini untuk mencelikkannya
Agar aku bisa melihat kebenaran
Dan apabila mata ini sudah celik
Janganlah Engkau membiarkan aku tertidur pula iaitu LALAI...
Ya Allah.....
Hamba-Mu ini lagi rasa kecewa
Berbagai-bagai perasaan yang sedang bermain
di dalam hati yang sememangnya milik-Mu
Perasaan-perasaan ini juga kurniaan-Mu Ya Allah
Aku tidak larat
Aku tidak mampu
Aku tidak kuat
Tetapi aku tetap redha
Aku takut untuk mengatakan
Yang aku kesal dengan pemberian-Mu
Kerana aku takut untuk mendapat kemurkaan-Mu
Ya Allah
Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha
Untuk menerima segala-galanya
Berikanlah aku kekuatan
Untuk menahan ujian-ujian
Yang telah disiapkan untukku
Aku akan cuba sedaya-upaya untuk menerimanya
Ya Allah
Tetapi aku masih mengharapkan pertolongan-Mu
Untuk menghadapinya
Aku tidak ada kekuatan walau sedikit pun
Tiada siapa selain Engkau
Yang mempunyai kekuatan dan kemampuan....

Ya Allah.....
Bermacam-macam jenis manusia di luar sana Ya Allah
Bagaimana harus aku keluar untuk menghadapi mereka
Mengapa masih aku berfikiran tentang apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku
Aku tidak peduli apa yang mereka fikirkan tentang diriku Ya Allah
Aku tidak mahu melakukan perkara yang bisa membuat mereka kagum kepadaku
Tetapi Engkau tidak menyukainya
Aku menginginkan kebanggaan dari pandangan-Mu Ya Allah
Aku mengharapkan senyuman di bibir mulia Rasulullah dengan perbuatanku
Aku tidak mahu tersungkur gara-gara mengejarkan pujian manusia
Bantulah hamba-Mu ini untuk meraih kemuliaan di pandangan-Mu
dan kekasih-Mu Rasulullah
walaupun dipandang hina oleh manusia di luar sana...


Terima kasih kerana menemani diriku

KU TERIMA SEADA NYA KAU DIHATIKU

SAHABAT SEJATI

Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .

Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .

Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...