
Cinta..oh cinta. Kenapa orang sanggup buat apa saja untuk cinta? Entahlah. Mungkin cinta itu sudah menjadi lumrah dalam hidup kita sebagai manusia. Cinta seolah penyeri yang menyinari setiap detik hidup manusia di dunia ini. Tanpa cinta tiadalah kasih sayang yang akan menyingkir perasaan tak berperikemanusian yang memang ada dalam diri manusia. Sanggupkah anda hidup tanpa cinta? Tak berperasaan seperi robot?
Hargailah cinta & semaikan ia dengan benih keimanan & ketakwaan. Barulah cinta lebih bermakna. Cinta berlandaskan nafsu hanya mengundang kesengsaraan & penderitaan saja. Jadi, nilailah cinta dengan akal fikiran yang waras kerana cinta itu indah tapi awas. Ada duri berbisa yang tersembunyi kalau anda tersilap langkah. Moga cinta kita dihargai sentiasa.
Nukilan drku utkmu.