Cari Blog Ini

Selasa, 27 Julai 2010

Cinta, Sekadar Pandangan Kasarku


Cinta? Apa itu Cinta?


Emm..agak sukar untuk mendefinasikan cinta secara spesifik kerana cinta mempunyai pengertian yang agak luas. Cinta sesuatu yang sukar dimergertikan. Cinta kadang-kadang membawa bahagia dan juga kadang-kadang membawa derita. Cinta bukan hanya kepada sesama manusia tetapi juga binatang & tumbuhan. Cinta yang paling agung pula adalah cinta pada Yang Maha Esa. Cinta yang takkan mendustakan kita. Cinta yang kekal buat selamanya. Cinta yang tak akan meninggalkan kita walaupun sedetik.


Cinta pada-Nya adalah cinta yang tak ternilai harganya. Cinta-Nya adalah suci & putih. Anda tak akan sia-sia andai mencurahkan cinta pada-Nya. Kerana cinta pada-Nya bukan seperti cinta sesama manusia yang bila-bila masa berubah oleh peredaran masa & keadaan. Memang agak sukar untuk meneka sejauhmana kekalnya cinta manusia. Andai anda memperolehi cinta sejati, cubalah hargai ia sebaiknya. Cinta sejati bukan senang untuk diperolehi kerana ia amat bernilai dari cinta yang hanya datang untuk bertamu seketika.

Terima kasih kerana menemani diriku

KU TERIMA SEADA NYA KAU DIHATIKU

SAHABAT SEJATI

Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .

Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .

Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...