Cari Blog Ini

Rabu, 13 Oktober 2010

coritan sebuah cinta

Cinta bukan melemahkan hati, bukan putus asa, bukan menimbulkan sedih dan tangisan. Tetapi cinta lahir dari dalam jiwa penuh keluhuran dan kesucian. Cinta menguatkan hati dan perasaan dalam perjuangan dengan penuh kejujuran dan duri dalam sebuah kehidupan.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti dalam diri setiap manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.

Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur maka di sana tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, tiada kepentingan diri, mengambil berat tentang pasangan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain tingkah laku yang terpuji. Seperti membimbing pasangan ke arah kebaikkan dunia dan akhirat.

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri sendir dan dihina, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat dan kemuliaan dunia dan akhirat.

Terima kasih kerana menemani diriku

KU TERIMA SEADA NYA KAU DIHATIKU

SAHABAT SEJATI

Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .

Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .

Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...