Cari Blog Ini

Selasa, 27 Julai 2010

Nur Di Wajah

Sepi bak meniti bara api
suka disambar duka
hidup ini sentiasa bertampi- tampi
menanti insan yang sudi merawat luka.

Sekian lama kunantikan
suatu Nur bersinar dalam hidupku
sehingga kini masih hampa
masih diambang kesuraman.

Apakah ini sudah suratan
apakah akanku terus begini
berlagu sepi sendirian
sampai bilakah harus kubergelombang dalam situasi ini.

Apakan daya diri ini untuk melawan takdir ilahi
tuhan sentiasa sayangkan umatnya
lalu kuberserah padanya
untuk menilai masa depanku.

Tanpa diundang lalu diutusnya
Satu Nur berkilauan dalam hidupku
kau hadir lalu kau singgah diperhentian kasih
untuk mengisi kekosongan jiwaku
yang memerlukan seorang teman
menghulurkan tangan padaku yang tersisih
lalu merungkai segala rahsia hati
demi memulih semangat jiwa yang telah mati.

Apakah penantianku telah berakhir disini
dengan hadirnya dirimu dalam hidupku
segala kesuraman yang bertandang dijiwa
disuluh Nur keikhlasan yang berlandaskan cinta
lalu segala resah dihati
telah gugur lalu berkubur tanpa nesan.

Gelisah jiwa tak dapat kugambarkan
erti kecewa tiada lagi berlagu dalam hati
erti kebahagiaan bermaharajalela
tanpa sempadan.

Sekian lama kuterpenjara dibelantara sepi
bak burung disangkar terkurung sendirian
lalu kini kubebas seadanya
riang hati tak terukir kata - kata
syukur pada yang esa
kerna mengembalikan Nur Keceriaan diwajahku.

Kini Nur Diwajahku kembali bersinar
berseri sang suria
tersenyum kuntuman cinta
menyinari perjalananku.

Andai ini kenyataan
usahlah dilenyapkan Nur Diwajahku
yang baru mengenal erti keceriaan serta kebahagiaan
ingin kumiliki suatu yang berkekalan dalam hidupku.

Kegelapan yang disulami
kini disuluh Nur keceriaan
semenjak hadirnya dikau dalam hidupku
sementara bukanlah satu harapan
hingga akhir hayat adalah satu impian
selamanya mengecapi kebahagiaan satu kenyataan
mengekalkan Nur Diwajah sepanjang masa.

Terima kasih kerana menemani diriku

KU TERIMA SEADA NYA KAU DIHATIKU

SAHABAT SEJATI

Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .

Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .

Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...